Showing posts with label Books. Show all posts
Showing posts with label Books. Show all posts

Monday, December 5, 2011

Book store kat AmCorp Mall


Book store kat Amcorp mall murah giler. Ader dua kedai buku, yang kat atas picture ni , jual buku second hand. Ader lagi satu kedai ni , jual buku yang hampir 40% less dari harga kedai biasa.


Buku ni harga dier RM 3.00.

XOXO

Wednesday, October 19, 2011

Kenapa buku Ilimiah mahal?


Orthopedic Book 
Price: RM 166
Place: PPUM

Learning Stop At The Grave. Asal aku cakap macam tu? Yelah, kalau nak ikut kan, belajar ni sampai bila pun tak habis. Ader jer ilmu yang tak cukup. So, never quit learning. Kat sini, saje nak share sikit, buku medical yang I baru beli hari tu kat PPUM. Ader orang kata kalau nak beli buku medical; better beli kat koperasi UM, sebab murah. Murah ker? Boleh lah. Kenapa I tak photocopy jer buku ni. Macam kat zaman U dulu. Asal buku mahal jer, photocopy. Budjet lah katakan. Tapi apa salah nya guna duit yang lebih sikit untuk beli buku. Kalau tak, biasa nya  duit yang lebih sikit tu guna beli kosmetik, baju, and makan. Hehe

Lagi pun buku photocopy gan buku original ni lain sikit "Feel" dier. Sebab apa buku original ni:

1) Kita menghormati hak IP (Intellectual Property)
2) Ader color2
3) Lawa
4) Rasa nak jaga elok2
5) Rasa nak baca selalu

Kalau buku photocopy ni:
1) Murah, murah dan murah
2) no reason dah...just jimat jer

XOXO

Thursday, August 4, 2011

Sindiket Sol-Jah











Suke sgt buku2 sindiket Sol-Jah. Sebab dier menceritakan ttg reality kehidupan. Lagipun gaye penulisan dier pun sempoi & kelakar.

T-shirt dpt free...



XOXO

Monday, June 13, 2011

Kentang

Kentang

180 naskah sahaja
Penulis: Saharil Hasrin Sanin
Harga: RM 25
http://sol-jah.blogspot.com

Buku ni kelakar, tapi mcm ader unsur2 18 tahun ke atas. :D













Wednesday, March 23, 2011

Kempen galakkan membaca

Hospital Sungai Buloh. Nice view.


Menghadiri forum kempen membaca di Hospital Sungai Buloh. Membaca menjana minda.




Wednesday, December 29, 2010

Engkau Memang Cantik





Author: Burhan Sodiq

Price: RM 15

Buku ni boleh tahan best gak. Simple,ringkas and padat.. Sesuai untuk muslimah. Hanya sekadar nasihat bagi kite semua. Nasihat yang akan menjadi begitu berharga pada masa yang akan datang.

Sangat tersentak bile dipermulaan buku ni penulis menyebut ttng.. Engkau Masih Cantik(EMC) selagi...

EMC selagi kau tidak melulu
EMC selagi kau menutup malu
EMC selagi kau memelihara adab
EMC selagi kau menjaga aurat
EMC selagi kau menjaga batas
EMC selagi kau waras berhias
EMC selagi kau bersifat fitrah
EMC selagi kau pantang menyerah
EMC selagi kau terus bersolat
EMC selagi kau lurus bertaubat
EMC selagi kau jujur berilmu
EMC selagi kau suami tak jemu
EMC selagi kau membaca AL-Quran
EMC selagi kau Beradab sopan
EMC selagi kau kasih ibu bapa
EMC selagi kau mendidik keluarga
EMC selagi kau pandai menjahit dan memasak
EMC selagi kau gemar menyertai kem ibadat
EMC selagi kau sabar dan tenang
EMC selagi kau tegakkan Islam
EMC selagi kau mencegah kemungkaran
EMC selagi kau berkebajikan
EMC selagi kau berniatkan Tuhan
EMC kerana kau seindah Islam

Ok, so setakat ni i just have 20% from all those requirement utk menjadi seorang muslimah yg cantik.. Erk!.. Cam ner ni??? Kene perbaiki lagi... Kecantikan itu bukanlah terletak pada paras rupa..tetapi yg penting cantik dalaman bukan lah hanye cantik luaran semate-mate.

So buku ni ader 4 Bab.

BAB 1: Manusia Indah Bernama Muslimah!
Tips menarik kat bab satu ni are Konsep berhias dalam islam
a) Hendaklah memilih cara berhias yg tidak dilarang dlm Islam.
b) Tidak menyerupai orng kafir.
c) Jangan menyerupai lelaki dalam berpakaian.
d) Jangan berbentuk kekal sehingga tidak hilang seumur hidup.
e.g: Jgn gune kosmetik yg kekal and susah nak hilang. Sebab boleh menyebabkan terhalangnya air wuduk. So if pakai gak. Stand by make up remover sentiase.
e) Jangan melakukan pengubahan terhadap ciptaan Allah SWT
f) Jangan membahayakan tubuh
- Berhias secara normal
g) Jangan boros
h) Jangan membuang waktu lama dalam berhias
I) Jangan sampai membuatkan diri sombong, membanggakan diri dan angkuh
- Ini yg paling susah. Kecenderungan kita selalu merasa megah ketika kita bisa tampil cantik dan memukau setiap orang yang melihat.


BAB 2: Lalu Aku Harus Bagaimana?
Nak tau kenape kita tidak berkualiti? Menurut penulis..

a)Kita Lupa mengingat Allah SWT
b)Mudah tertipu dengan keindahan dunia
c)Mudah terpedaya dengan syahwat perut dan kemaluan
d)Lemah iman

Habis camner?

a) Kembali pd fitrah
b) Cubalah tundukkan pandanganmu
- Ciri khas seorang wanita solehah adalah dia mampu menjaga pandangannya. Tidak sewenang-wenangnye memandang lelaki di pinggir jalan
c) Taat pade Allah dan Rasul
d) Berhiaslah dgn kemulian Islam
- Menjadi muslimah tidak perlu merasa rendah diri. Penampilan terbaik kita tidaklah ditentukan oleh tebalnya bedak yg dipakai buat mengindahkan kulit wajah. Tidak pula ditentukan oleh gemerlap eyeshadow, rambut palsu dan bahkan suntikan pipi. Tetapi penampilan terbaik adalah yg didasari oleh ketakwaan
e) Jagalah akhlak

BAB 3: Engkau Memang Cantik!
Cantik Salah, Tidak Cantik Juga Salah. Susah lah cam ni. Adeh! Hidung mancung, kulit putih, gigi rapi, mata bulat, dan senyuman yg "wow"! Mungkin ini definisi seseorg ttg bukti kecantikan. Maka, mereka ini sering mendapat godaan, sama ada berupa ucapan bernada perhatian, ungkapan luahan cinta berupa SMS dan miss call. Tapi apakah benar itu salah mereka(Lelaki)? Apakah benar juga semua itu berlaku lantaran kesilapan mereka yg memilik raut wajah yg memikat? Sedangkan semua kecantikan itu adalah anugerah daripada Allah SWT, dan mereka sekadar memelihara amanah kecantikan itu dengan sebaik mungkin.

Mungkin mereka lahir dgn fizikal yg lebih baik. Itu adalah nikmat. Tetapi mungkin juge utk menguji kemimanan dan ketaqwaannya.

Tips Sihat dan cantik:

a) Amalkan gaya hidup sihat
b) Amalkan pengambilan mnakanan yg berkhasiat
c) Minum air putih 2 hingga 4 liter sehari
d) Hindari stress

BAB 4: Negative Thinkin, NO Way!
-Jgn merasa tidak puas hati dgn tubuh kita

As for conclusion: Kecantikan yg paling sy inginkan adalah kecantikan dr dalam yg tidak mudah didapati iaitu ketabahan, keberanian dan kehormatan.

Tuesday, December 28, 2010

Confessions of a Shopaholic

If u are a shopaholic, then u must read this book..
Author: Sophie Kinsella

Paling suke bace hasil tulisan Sophie Kinsella ni.. Sebab penceritaan dier sgt sempoi, kelakar, and mudah difahami... Best sgt.. cerite2 dier yg lain pun best... Can You keep a Secret? yg sgt kelakar and cerite The Undomestic Goddess.. By the way buku aku yg itu dah hilang...entah sape pinjam tak pulang2...T_T Sedih seh....



My Shopaholic Books Collection...





Title: Confessions of a Shopaholic (Vol 1)

Price: RM 32.90

Published: 2001

Movie dier pun dah keluar.. tp yg version movie tu byk giler perbezaan dgn buku... tp xpe best jer...Ok... Intro utk buku yg 1st ni.. Cerite dier ttg seorng Shopaholic names' Becky Bloomwood.. She's is twenty-five-years old and have a flat in London's trendiest neighborhood, glamorous socialite friends, and almari baju yg cukup dengan every season's must haves.. The only trouble is..... She can't actually afford it..not any of it..

Her job is writing at Successful Saving magazine, and it doesn't pay much at all. Still, dier seorng shopaholic... x ker contra tu... org yg money spender, beri nasihat ttg saving...

Now, lately, Becky's been chased by dismal letters from VISA and the bank. She tries making more money but didn't succeeds.. Her only consolation is to buy herself something.. just a little something... Haaa!!! elok ah tu...





Title: Shopaholic Takes Manhattan (Vol 2)

Price: RM 32.90

Published: 2002

Habis lah...kali ni si minah Shopaholic ni ader trip ker Manhattan...mmg masak ah...mane tak nyer New York kan tmpt syurga fashion.. So dengan berbekal kan credit card sebagai teman sejati dier...entah ape lah yg terjadi..





Title: Shopaholic Ties The Knot (Vol 3)

Price: RM 34.90

Published: 2003

Pelik lak, harga buku naek RM 2.. Entah nnti2 makin mahal lak.. Adeh.. Dah ah ni pun cukup mahal..Layan

Yeah, kali ni lebih mencerite kan ttg Si Becky yg dah nak kahwin dah. So when Luke (her future husband) proposes, all of a sudden life gets hectic. Mak Becky nak dier kahwin kat kampung dier and have a traditional wedding... Mak Si Brandon lak nak dier kahwin kat bandar New York and have a grand extravaganza wedding.. Ok so bru aku tau yg majlis kahwin org putih ader sekali jer... Kan senang mcm org melayu ader 2 majlis.. Win-win situation for both parties..






Title: Confessions & Sister (Vol 4)

Price: RM 32.90

Published:2004

Kali ni lebih mencerite kan ttg care2 penjimatan. Jgn dok nak heboh shopping jer. Cube berjimat cermat sikit utk hari susah. So cerite kali ni lebih ttg si Becky yg sedang cube mencari her long-lost sister (Jessica).

Permulaan cerite dier psl si Becky ni yg just have returned home to London from their round-the-world honeymoon. But, Luke her husband is furious. Mane tak nyer.. Si Becky ni dok beli mcm2 souvenir kat setiap negare yg die pergi.. x tentu arah sgt. Balik jer London, ader two truckloads of those souvenirs and the bills for them are outrageous. So husband dier dok nasihat si Becky ni utk go on budget. Belanje tu biarlah berpade-pade.. Ikut kemampuan.

And worse: Her beloved best friend Suze has found a new best friend while Becky was away. So Becky pun sgt sedih.. tpi sebaik saje dier tau cerite dr parents dier yg dier ader long-lost sister... she convinced that her sister will be a true soulmate. They'll go shopping together, have manicures,...

Until she meets Jessica for the first time and gets the shock of her life..Mane tak nyer, rupe nyer kakak dier benci shopping and sgt lah berjimat-cermat..





Title: Shopaholic & Baby (Vol 5)

Price: RM 69.90

Published: 2007

Yeah, setelah tertunggu-tunggu akhir nyer keluar gak sambungan dier. Sat gi tengok harga dier mak ai.. mahal giler.. dah mcm nak beli buku medic jer.. Adeh, mane lah nak dapat dana ni.. Tapi last2 beli gak.. Ahaks.. Mane leh x beli nnti x tau ending..

So kali ni cerite dier pasal Becky Brandon yg sekarang sudah bekerja di newest big store yg mmg die impikan selame ini. And then, now she's pregnant and everything has got to be perfect for her baby. From the designer nursery, to the latest clothes. Mak ai! dier ni mmg giler shopping tol.. But every happy story must have its sad side right? So, si Becky ni plak dok heboh sgt nak celebrity obstetrician. So akhir nyer she and her husband manage to find one. But it turns out that doktor tu is her husband intellectual ex-girlfriend. Kesian..

........

The Latest: Mini Shopaholic

Price: Donno??

Published: 2010

Wah, yg latest dah kluar. Tak sabar nak beli yang ni. Dok bace review mcm ok jer. Dier mencerite kan psl anak dier (Miss Minnie Brandon) yg dah mcm ala2 mak dier yg gile shopping. Tp buku ni lebih byk mencerite kan ttg Rebecca Brandon a.k.a. Becky Bloomwood yg menghadapi financial crisis but still want to throw a big and glamorous birthday party for her husband, Luke Brandon. But ape2 pun i'm thrill to read it.

XOXO

Monday, December 27, 2010

PS, I Love You





Author: Cecelia Ahern

Price: RM 32.90

Suke sgt buku ni.. So sweet but sad.. Movie dier pun mmg dah lame kluar. And sy pun dah tgok byk kali.. smpi x terkire...hehe.. It's a story about gieving process.. "Journey from grief to hope"..

So the story goes like this.. Holly and Gerry are the kind of perfectly happy married couple that others envy. Then, at age of 30, Gerry is diagnosed with a terrible illness.. Kesian nyer.. bru jer kawin.. anak pun x dpt lagi.. Dah lak mak Holly pun kehilangan suami nye gak... Too much love one yg diorng kehilangan..

Then, months after Gerry's death, Holly still mcm xde harapan nak hidup... mcm mayat hidup jer dier..dgn makan tak menentu... rupe pucat semacam, badan kurus kering, and rambut dah ala2 mcm Metallica jer... Suddenly, one day... Holly receives a package of letters that Gerry has left for her.. Surat tu ader byk.. each month dier akan dpt satu, smpi lah 12 bulan... The letter instructing her to perform a series of unexpected tasks. Mcm suruh get a new hair cut lah, menyanyi depan org ramai lah, go on vacation with her friends lah ( husband dier sempat Siap arrange kan ticket and hotel lg dlm sakit2 tu)..

So, with the help of the letters and her fun friends.. Holly manage to move on with her new life...

p.s. I Love U...

Sunday, December 26, 2010

Aku Terima Nikahnya

Author: Hasrizal Abdul Jamil

Penulis ni sangat popular dengan blog nye saifulislam.com ... So saje jer nak suggest org laen utk bace buku ni. Before ni pun dah ramai member2 sy yg dok bace buku ni. Tp time tu, rase macam maybe saye tak perlukan nyer. Tapi bile buku ni dah makin laris and popular, tergerak gak hati nak memiliki and nak bace. So why not? After all, u are what u read. So before tido tu amik senaskah buku and bace sampai terlelap. Tapi kadang2 sampai x nak tido sebab dok syok sangat selak buku tu senaskah demi senaskah.





Title: Aku Terima Nikahnya 1
Harga: RM 22

Ni buku dier yang first. Secara keseluruhan, buku ni lebih mencerita kan ttg life penulis ketika di ambang permulaan perkahwinan and membesarkan anak dier. Agak menarik untuk dibaca bagi seseorang yang bakal mendirikan rumah tangga. Tapi bagi saya pada permulaan buku ni, agak sangat addicted utk dibace. Tp bile dah belakang2 tu agak boring sebab byk cerite psl anak dier kot....hehehe. Tp ok lah. Lagipun buku ni yg paling popular.





Title: Aku Terima Nikahnya 2 a.k.a Bercinta Sampai ke Syurga
Harga: RM 25

Sesuai gan tajuk dier. Buku ni lebih sesuai utk jiwa remaja. Saye paling suke yang volume 2 ni.





Title: Aku Terima Nikahnya 3 (Murabbi Cinta)
Harga: RM 25

And episode last. So lengkaplah trilogy Aku Terima Nikahnya.

So actually, buku ni bukan lah dok cerite pasal bernikah jer..all the way... tp lebih mencerita kan ttg realiti kehidupan. Xpe, yg penting tajuk dier tu yg buat pembace ghairah nak beli tu. As for overall i give 4 star.

XOXO

Monday, December 6, 2010

365 Tips Sihat Gaya Rasulullah

Title: 365 Tips Sihat Gaya Rasulullah

Author: Dr. Mohammad Ali Toha

Price: RM 10.90



Ok! Saya beli buku ni dekat Restoran Jejantas Sungai Buloh. Mase tu tengah lepak-lepak gan member. Sat gi nampak ader makcik-makcik tengah jual buku agama. So saje-saje jer tengok2, and then nampak buku ni. Beli jer lah, nak isi masa lapang baca buku.



Antara tips yang menarik:

1) Cara tidur yang baik adalah dengan mengiringkan badan ke kanan manakala tangan kanan menyokong kepala. Mengiringkan badan ke kiri semasa tidur dikhuatiri menekan perut. Ini mengganggu proses pencernaan. Ia juga menekan jantung hingga mempengaruhi kemampuan jantung, mengganggu irama dan kemampuannya mengepam darah.

2) Nabi menggalakkan senaman. Senaman yang digalakkan nabi adalah berenang, menunggang kuda dan memanah. Berenang dapat menguatkan otot tanpa membebankan sendi secara berlebihan. Menunggang kuda pula meninkatkan ketangkasan bergerak. Memanah pula meningkatkan kewaspadaan dan membantu membiasakan diri menumpukan perhatian.

3) Tidak berlebihan ketika makan dan minum.

4) Nabi menyarankan supaya kita membahagikan perut kepada tiga bahagian. Satu pertiga bagi makanan, satu pertiga bagi minuman dan satu pertiga bagi pernafasan.

5) Elakkan meminum air sejuk kerana air sejuk mengganggu fungsi enzim-enzim percernaan. Ini melambatkan proses pencernaan. Air sejuk juga memudaratkan organ pernafasan terutamanya sesudah memakan makanana bersifat panas,makanana yang bersuhu panas, makanan manis dan sesudah mandi air panas.

6) Bagi menjadi kurus, ramai orang yang tidak makan malam walaupun terdapat banyak keberkatan pada makan malam. Nabi melarang kita meninggalkan makan malam. Ini kerana tabiat itu mempercepatkan proses penuaan dan menyebabkan tidur kurang nyenyak. Rasulullah menyarankan, "Makn malamlah kamu walaupun dengan hanya sebiji kurma".

7) Minyak masak yang digunakan berulang kali berbahaya bagi kesihatan. Ini kerana ia mengandungi lemak trans iaitu salah satu bahan carcinogenic yang menjadi penyebab barah.

8)Masalah rambut nipis dapat diatasi melalui mengurut-urut kepala dengan minyak zaitun.

9) Limau nipis berguna sebagai ubat iaitu bagi batuk-batuk. Ia juga membantu mencairkan kahak dan memudahkan pencernaan.

10) Nabi menyarankan supaya kita menyejukkan makanan sebelum memakannya. Mulailah dari tepi pinggan supaya kita memakan bahagian yang sudah sejuk sementara menunggu bahagian tengah menyejuk. Namun demikian, nabi melarang umatnya meniup makanan yang panas. Kajian mendapati memakan makanan panas menyebabkan barah kerongkong dan barah perut.

Actually banyak lagi tips-tips menarik. Tapi tak larat kot nak taip semua. Kalau nak tau yang selajut nye ape lagi beli lah buku ni. Ok tu je. Daa~~

XOXO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...