Saturday, August 20, 2011

Dilema Pemandu Kereta Kancil


Saya hanyalah pemandu kereta kancil. Walaupun kereta kancil ku dah banyak kesan calar dan lekuk-lekuk, colour emas nya pun dah luntur. But I still love my kancil. Kancil ku telah banyak berjasa pada diriku ini. Sejak dari belajar kat UiTM dulu, practical di Hospital Klang & Hospital Sungai Buloh, sampailah sekarang ni; untuk pergi kerja.


Dulu masa baru dapat lesen kereta, aku tampal pelekat P di cermin depan dan belakang kereta kancil ku. Ketika itu, aku tak berapa cekap bawak kereta. Setiap kali lambat bergerak di lampu traffic light (lampu hijau), kereta belakang akan sentiasa hon kancil ku. Tak kurang juga, jika aku lambat membelok untuk berhati-hati, kereta belakang kancil ku akan hon bertalu-talu.

Namun kini, kancil ku telah berusia dan agak sedikit buruk. Tapi, aku bukan mahu merungut, hanya sekadar ingin berkongsi di sini.

Jalan harian ku, untuk ke tempat kerja adalah Federal Highway. Jalan ke situ memang sentiasa sesak dan padat dengan kereta-kereta mewah. Persoalan nya??

1) Kenapa bila aku signal untuk ke kanan atau ke kiri, kereta di belakang akan lebih laju, untuk tidak membenarkan aku belok.

2) Kenapa bila aku sedang molek bawak kereta di lorong ku, tetibe kereta besar yang lain menghimpit ku, dan memasuki laluan jalan kancil ku.

3) Kenapa ketika aku sedang memasuki lorong sempit, van-van besar, dengan slumber mengesel kancil ku.

4) Kenapa kancil ku selalu di hon???

Adakah aku harus membeli kereta baru dan mengabaikan kancil ku???

XOXO


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...