Matlamat
Mendedahkan para peserta tentang hukum hakam Islam berkaitan dengan profesion kejururawatan dan rukhsah dalam mengerjakan ibadah ketika darurat.
AKTIVITI – AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM
Program Seminar Islam Dan Kesihatan 2010 telah diadakan pada Sabtu, 11 Disember 2010 di Dewan Kuliah 500, FF4, Fakulti Farmasi, UiTM Puncak Alam. Para peserta yang terlibat adalah seramai 415 orang, mereka adalah terdiri dari pelajar Diploma Kejururawatan semester 3 dan 5 serta pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan semester 3, 5, dan 7. Seminar ini turut disertai oleh 3 orang pelajar perubatan dari Fakulti Perubatan UiTM Shah Alam.
7.30 Pagi - 8.30 Pagi
Peserta seminar telah mendaftar di kaunter yang disediakan berhadapan Dewan Kuliah 500. Sarapan pagi serta “door gift“ juga turut disediakan dan diberi kepada semua peserta yang terlibat sebaik sahaja mereka mendaftar. Selepas selesai menjamu sarapan pagi, peserta dikehendaki menunggu didalam dewan sebelum majlis bermula.
Pendaftaran
Sarapan Pagi
8.30 Pagi – 8.45 Pagi
Majlis telah diserikan dengan ketibaan Timbalan Dekan HEP & Alumni ( Prof. Madya Wan Kamil Bin Wan Mohamad), Penasihat NUSA (Pn. Siti Nur Illiani Bt Jaafar), penceramah-penceramah jemputan serta Cik Sharifah Shafinaz Binti Sharif Abdullah selaku pensyarah dari Jabatan Kejururawatan.
8.45 Pagi – 9.00 Pagi
Majlis telah dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengerusi majlis iaitu oleh Mohamad Fauzi Bin Omar dan Nur Wirdanis BT Radzali@Razali. Seterusnya majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Wawasan Setia Pelajar dan bacaan doa oleh Mohammad Syawal Bin Saidi. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan pembukaan dan kata alu-aluan daripada pengarah program seminar dan penasihat NUSA. Seterusnya, majlis dirasmikan oleh Timbalan Dekan sebaik sahaja beliau memberi ucapan dan pengumuman .
Peserta
9.00 Pagi – 9.15 Pagi
Montaj berkenaan program Seminar Islam & Kesihatan telah ditayangkan. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan sajak yang bertajuk Teguh dari pelajar Ijazah Kejururawatan semester 7 iaitu oleh Siti Murni Bt Mahmood dan Nurul Fatihiah Bt Ariffin.
9.15 Pagi – 10.45 Pagi
Slot pertama yang bertajuk ‘Integrasi Pengamalan Islam Di Dalam Kesihatan’ bermula. Slot ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Fauzi Bin Mustaffa selama 2 jam. Secara keseluruhan penceramah telah berjaya menarik perhatian peserta melalui cara penyampaian yang ringkas dan padat. Selain itu ustaz juga pandai berjenaka dan banyak memberi tips-tips berguna kepada peserta berkenaan pemakanan, kebersihan, dan amalan harian.
Penceramah
10.45 Pagi – 11.00 Pagi
Majlis diteruskan dengan kuiz pertama. Soalan kuiz telah disediakan oleh penceramah serta soalan yang disoal adalah berdasarkan tajuk ceramah yang disampaikan. Sebanyak empat soalan telah diberi dan secara keseluruhan penyertaan dari peserta adalah sangat memberangsangkan. Hadiah bagi pemenang-pemenang yang berjaya menjawab dengan betul turut disediakan dan diberi selepas berakhirnya slot ketiga.
11.00 Pagi – 12.45 Tengahari
Sesi ceramah ini diteruskan dengan slot kedua ‘Rukhsah Dalam Ibadah’. Slot ini telah disampaikan oleh pegawai CITU UiTM Kampus Shah Alam, iaitu Prof. Madya Asmak Binti Hj Ali dan mengambil masa selama 2 jam. Berdasarkan ceramah slot kedua; beliau telah banyak memberi panduan kepada peserta mengenai cara berwuduk, bertayammum khususnya kepada pesakit di hospital, dan penjelasan mengenai halal dan haram dari segi perubatan. Selain itu, beliau turut melakukan demostrasi dan praktikal berkenaan cara bertayammum, sembahyang secara duduk dan baring dengan betul bersama peserta. Sesi ini adalah bertujuan untuk memberi peluang dan meningkatkan lagi kefahaman kepada pelajar.
Penceramah
12.45 Tengahari – 1.00 Petang
Majlis diteruskan dengan kuiz kedua bagi sesi slot kedua. Seperti slot pertama, soalan kuiz tersebut turut disediakan oleh penceramah dan disoal berdasarkan tajuk ceramah yang disampaikan. Sebanyak empat soalan telah diberi dan kebanyakkan peserta berjaya menjawab dengan mudah. Hadiah bagi pemenang-pemenang yang berjaya turut disediakan kepada peserta yang berjaya menjawab dengan betul.
1.00 Petang – 2.30 Petang
Para peserta diberi rehat selama sejam tiga puluh minit bagi menunaikan solat Zohor dan makan tengah hari.
2.30 Petang – 4.30 Petang
Majlis diteruskan dengan slot ketiga yang bertajuk ‘Forum Isu-Isu Semasa Berkaitan Dengan Islam Dan Perubatan’. Forum ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Ustaz Abdul Rahman Bin Abdul Rani ( Assisstant Officer of Islamic Affairs) selaku moderator. Sementara barisan penceramah pula terdiri daripada Prof. Madya Asmak Binti Hj Ali (Pegawai CITU UiTM Kampus Shah Alam) dan Dr Farhan Hadi Bin Hj Mohd Taib (Medical Officer of Surgical Ward, Hospital Selayang). Forum ini telah mengambil masa sebanyak dua jam dan telah banyak permasalahan yang diungkai serta diselesaikan oleh ahli penceramah yang bijaksana berkenaan isu-isu semasa berkaitan islam dan perubatan.
4.30 Petang – 4.45 Petang
Slot ketiga adalah sesi soal jawab dari para pelajar mengenai rukhsah dalam mengerjakan ibadah. Secara keseluruhannya, sesi ini telah berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan dimana para pelajar telah banyak bertanyakan soalan berkenaan isu-isu semasa berkaitan islam dan perubatan.
4.45 Petang – 5.00 Petang
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah-penceramah serta pemberian hadiah kepada pemenang-pemenang kuiz slot pertama dan slot kedua. Kemudian, cenderahati juga diberikan kepada tetamu kehormat kerana kesudian untuk menghadiri majlis ini. Sebelum berakhirnya sesi seminar, para peserta telah dikehendaki mengisi borang soal selidik berkenaan seminar tersebut. Program Seminar Islam Dan Kesihatan 2010 menutup tirai dengan sesi bergambar. Majlis bersurai pada jam 5.00 petang dengan minum petang.
PENILAIAN PROGRAM
Secara keseluruhan, kesemua peserta amat berpuas hati dengan program seminar Islam Dan Kesihatan 2010 ini. Dari taksiran am yang diperolehi melalui borang soal selidik peserta bersetuju bahawa seminar ni mudah difahami, lokasi seminar yang sesuai dan makanan dan minuman yang baik. Tambahan lagi, mereka turut bersetuju bahawa aturcara dan susunan program berjalan dengan lancar dan pihak pentadbiran berjaya menyediakan kemudahan yang baik.
Kebanyakkan peserta turut mencadangkankan bahawa program seperti ini perlu diteruskan dan menjadi aktiviti tahunan NUSA. Mereka juga, amat gembira kerana program ini lebih menekankan isu-isu keislaman terutama sekali dari segi kesihatan. Bagi mereka seminar ini telah banyak memberi input dan menjawab pelbagai persoalan. Selain itu mereka juga mersakan penceramah slot pertama iaitu Ustaz Mohd Fauzi Bin Mustaffa amat berkesan dan menyeronokkan.
Walaubagaiman pun, tedapat segelintir peserta yang merasakan seminar ini kurang menarik dan perlu diperbaiki lagi dari segi pemilihan penceramah, soalan yang diajukan dalam forum, serta kelancaran seminar.
XOXO
No comments:
Post a Comment