Monday, December 6, 2010

365 Tips Sihat Gaya Rasulullah

Title: 365 Tips Sihat Gaya Rasulullah

Author: Dr. Mohammad Ali Toha

Price: RM 10.90



Ok! Saya beli buku ni dekat Restoran Jejantas Sungai Buloh. Mase tu tengah lepak-lepak gan member. Sat gi nampak ader makcik-makcik tengah jual buku agama. So saje-saje jer tengok2, and then nampak buku ni. Beli jer lah, nak isi masa lapang baca buku.



Antara tips yang menarik:

1) Cara tidur yang baik adalah dengan mengiringkan badan ke kanan manakala tangan kanan menyokong kepala. Mengiringkan badan ke kiri semasa tidur dikhuatiri menekan perut. Ini mengganggu proses pencernaan. Ia juga menekan jantung hingga mempengaruhi kemampuan jantung, mengganggu irama dan kemampuannya mengepam darah.

2) Nabi menggalakkan senaman. Senaman yang digalakkan nabi adalah berenang, menunggang kuda dan memanah. Berenang dapat menguatkan otot tanpa membebankan sendi secara berlebihan. Menunggang kuda pula meninkatkan ketangkasan bergerak. Memanah pula meningkatkan kewaspadaan dan membantu membiasakan diri menumpukan perhatian.

3) Tidak berlebihan ketika makan dan minum.

4) Nabi menyarankan supaya kita membahagikan perut kepada tiga bahagian. Satu pertiga bagi makanan, satu pertiga bagi minuman dan satu pertiga bagi pernafasan.

5) Elakkan meminum air sejuk kerana air sejuk mengganggu fungsi enzim-enzim percernaan. Ini melambatkan proses pencernaan. Air sejuk juga memudaratkan organ pernafasan terutamanya sesudah memakan makanana bersifat panas,makanana yang bersuhu panas, makanan manis dan sesudah mandi air panas.

6) Bagi menjadi kurus, ramai orang yang tidak makan malam walaupun terdapat banyak keberkatan pada makan malam. Nabi melarang kita meninggalkan makan malam. Ini kerana tabiat itu mempercepatkan proses penuaan dan menyebabkan tidur kurang nyenyak. Rasulullah menyarankan, "Makn malamlah kamu walaupun dengan hanya sebiji kurma".

7) Minyak masak yang digunakan berulang kali berbahaya bagi kesihatan. Ini kerana ia mengandungi lemak trans iaitu salah satu bahan carcinogenic yang menjadi penyebab barah.

8)Masalah rambut nipis dapat diatasi melalui mengurut-urut kepala dengan minyak zaitun.

9) Limau nipis berguna sebagai ubat iaitu bagi batuk-batuk. Ia juga membantu mencairkan kahak dan memudahkan pencernaan.

10) Nabi menyarankan supaya kita menyejukkan makanan sebelum memakannya. Mulailah dari tepi pinggan supaya kita memakan bahagian yang sudah sejuk sementara menunggu bahagian tengah menyejuk. Namun demikian, nabi melarang umatnya meniup makanan yang panas. Kajian mendapati memakan makanan panas menyebabkan barah kerongkong dan barah perut.

Actually banyak lagi tips-tips menarik. Tapi tak larat kot nak taip semua. Kalau nak tau yang selajut nye ape lagi beli lah buku ni. Ok tu je. Daa~~

XOXO

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...