Monday, December 13, 2010

Kemudahan Dalam Ibadah


1. PROSEDUR WUDUK KETIKA BERPLASTER

Ulama sepakat membolehkan tayammum kerana sakit, luka atau patah sebagai ganti wuduk dan mandi wajib. Orang yang sakit boleh bertayammum sekiranya :

a)Penggunaan air akan memudaratkan anggota tubuh badannnya
b)Menambah sakit
c)Lambat sembuh
d)Tidak tahan menanggung sakit apabila terkena air

HUKUM SAPU BALUTAN

Dalil, dari Ali bin Talib yang bermaksud :
‘salah satu pergelangan tanganku telah patah, lalu aku bertanya kepada Rasulullah SAW cara bersuci . Baginda memerintahkan supaya menyapu di atas balutan
(Riwayat Ibn Majah, al dar al Qutni dan al Baihaqi)

Syarat-syarat menyapu di atas balutan ketika berwuduk dan mandi

a)Balutan tersebut tidak boleh dibuka ketika hendak berwuduk atau mandi, atau kalau dibuka dikhuatiri akan mendatangkan kesakitan atau lambat sembuh.

b)Balutan tidak melebihi kadar yang diperlukan, sekiranya ia melebihi kadar yang biasanya diperlukan dalam rawatan, sekiranya tidak menjadi halangan lebihan balutan hendaklah dibuka. Sekiranya tidak hendaklah disapu air pada keseluruhan balutan dan pada bahagian yang berlebihan hendaklah ditayammum.

c)Tidak mungkin membasuh terus ke tempat luka kerana akan mendatangkan mudharat, tetapi sekiranya tempat yang dibalut boleh disapu terus dengan air dan tidak memudharatkan, balutan perlu dibuka dan membasuh terus bahagian tersebut dengan air.

d)Balutan dilakukan semasa pesakit berwuduk dan tidak berhadas besar. Sekiranya balutan dibuat ketika pesaki berhadas, sapuan boleh dilakukan tetapi wajib mengulangi solat (Syafie & Hanbali )

2. KEMUDAHAN SOLAT KETIKA SAKIT

Keadaan yang diberikan kelonggaran bersolat :

a)Musafir
b)Kurang upaya atau cacat
c)Terpaksa atau terdesak
d)Terlupa
e)Sakit

Dalil:
Imran bin Husain RA berkata : Saya mengidap buasir, lalu saya bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai solat . Baginda bersabda yang bermaksud :Solatlah dengan berdiri, kalau kamu tidak berdaya solatlah secara duduk, sekiranya tidak solatlah dengan mengiring dan sekiranyta kamu tidak berdaya solatlah secara telentang – (Riwayat al Bukhari)

3. PENGGUNAAN UBAT YANG TIDAK HALAL

Hukum Berubat :

a)Harus mencari ubat untuk mengubati penyakit diri sendiri atau keluarga
b)Wajib Sekiranya dibiarkan tanpa berubat dan terdedah ancaman mati
c)Haram melakukan perkara syirik atau haram

Dharurah ketika berubat

Penggunaan benda yg haram dalam perubatan perlu merujuk kepada konsep dharurah. Dharurah dari segi syarak ialah keadaann terdesak untuk melakukan perkara haram, dimana yang terlibat mempunyai tannggapan kuat sekiranya tidak melakukan perkara yang ditegah itu, seseorang akan mati atau menghadapi kemudaratan yang lebih besar pada badan, harta atau kehormatan diri yang membuatkan seseorang itu hilang reda dengan apa yang berlaku ke atas dirinya.

Etika berubat dengan yg haram

a)Mengambil secara minimum
b)Tidak berbangga dengan ubat yang diambil itu
c)Segera berhenti apabila sembuh
d)Meminta keampunan Allah SWT
e)Tidak meminta yang lain juga berubat caranya

4. AURAT ANTARA PESAKIT & PERAWAT

Batas aurat pesakit perlulah dijaga sepertimana dalam keadaan sihat . Seseorang Muslim yang sihat tidak rela auratnya didedah begitu semasa sakit .Oleh itu pelawat, perawat, penjaga dll baik lelaki atau perempuan hendaklah memalingkan pandangan daripada melihat aurat pesakit walau pun sesama jantina. Pesakit sebagai manusia biasa , mereka perlu ditempatkan pada kedudukan yang sewajarnya. Hak-hak mereka termasuk aurat perlu dihormati dan dijaga.

Semasa menerima rawatan, seelok-eloknya mereka ditemani oleh mahram . Semasa mereka menerima rawatan, batas aurat mereka perlu dijaga , membuka aurat mereka hanya bertujuan memberi rawatan semata-mata dan tidak sekali-kali mengambil kesempatan atau cuai menjaga aurat mereka walau pun ketika mereka tidak sedar(koma, pengsan dll).

Dr Yusuf al Qardawi mencadangkan agar rawatan dibuat secara beramai-ramai untuk mengelakkan syubhah .

Kesimpulan

Memberi rawatan tidak ditentukan batas oleh Islam , apabila ada orang sakit hendaklah diberi rawatan.

Perawat diberi ganjaran yang lumayan sekiranya ikhla.s . Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Tiadalah bagi seorang Muslim yang merawat yang lain pada waktu pagi melainkan akan berselawat kepadanya 70 ribu malaikat pada waktu petang, dan sekiranya ia merawat pada waktu malam maka akan berselawat kepadanya 70 ribu malaikat hingga waktu subuh, dan baginya buah-buahan yang dipetik di dalam syurga – Riwayat Tirmizi

Dalam hadis yang lain sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Sesungguhnya apabila seseorang Muslim merawat seorang Muslim yang lain, maka ia sentiasa berada dalam hidangan buah-buahan syurga yang sedia dipetik, sehinggalah ia kembali – Riwayat Muslim.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...