Wednesday, December 29, 2010

Engkau Memang Cantik





Author: Burhan Sodiq

Price: RM 15

Buku ni boleh tahan best gak. Simple,ringkas and padat.. Sesuai untuk muslimah. Hanya sekadar nasihat bagi kite semua. Nasihat yang akan menjadi begitu berharga pada masa yang akan datang.

Sangat tersentak bile dipermulaan buku ni penulis menyebut ttng.. Engkau Masih Cantik(EMC) selagi...

EMC selagi kau tidak melulu
EMC selagi kau menutup malu
EMC selagi kau memelihara adab
EMC selagi kau menjaga aurat
EMC selagi kau menjaga batas
EMC selagi kau waras berhias
EMC selagi kau bersifat fitrah
EMC selagi kau pantang menyerah
EMC selagi kau terus bersolat
EMC selagi kau lurus bertaubat
EMC selagi kau jujur berilmu
EMC selagi kau suami tak jemu
EMC selagi kau membaca AL-Quran
EMC selagi kau Beradab sopan
EMC selagi kau kasih ibu bapa
EMC selagi kau mendidik keluarga
EMC selagi kau pandai menjahit dan memasak
EMC selagi kau gemar menyertai kem ibadat
EMC selagi kau sabar dan tenang
EMC selagi kau tegakkan Islam
EMC selagi kau mencegah kemungkaran
EMC selagi kau berkebajikan
EMC selagi kau berniatkan Tuhan
EMC kerana kau seindah Islam

Ok, so setakat ni i just have 20% from all those requirement utk menjadi seorang muslimah yg cantik.. Erk!.. Cam ner ni??? Kene perbaiki lagi... Kecantikan itu bukanlah terletak pada paras rupa..tetapi yg penting cantik dalaman bukan lah hanye cantik luaran semate-mate.

So buku ni ader 4 Bab.

BAB 1: Manusia Indah Bernama Muslimah!
Tips menarik kat bab satu ni are Konsep berhias dalam islam
a) Hendaklah memilih cara berhias yg tidak dilarang dlm Islam.
b) Tidak menyerupai orng kafir.
c) Jangan menyerupai lelaki dalam berpakaian.
d) Jangan berbentuk kekal sehingga tidak hilang seumur hidup.
e.g: Jgn gune kosmetik yg kekal and susah nak hilang. Sebab boleh menyebabkan terhalangnya air wuduk. So if pakai gak. Stand by make up remover sentiase.
e) Jangan melakukan pengubahan terhadap ciptaan Allah SWT
f) Jangan membahayakan tubuh
- Berhias secara normal
g) Jangan boros
h) Jangan membuang waktu lama dalam berhias
I) Jangan sampai membuatkan diri sombong, membanggakan diri dan angkuh
- Ini yg paling susah. Kecenderungan kita selalu merasa megah ketika kita bisa tampil cantik dan memukau setiap orang yang melihat.


BAB 2: Lalu Aku Harus Bagaimana?
Nak tau kenape kita tidak berkualiti? Menurut penulis..

a)Kita Lupa mengingat Allah SWT
b)Mudah tertipu dengan keindahan dunia
c)Mudah terpedaya dengan syahwat perut dan kemaluan
d)Lemah iman

Habis camner?

a) Kembali pd fitrah
b) Cubalah tundukkan pandanganmu
- Ciri khas seorang wanita solehah adalah dia mampu menjaga pandangannya. Tidak sewenang-wenangnye memandang lelaki di pinggir jalan
c) Taat pade Allah dan Rasul
d) Berhiaslah dgn kemulian Islam
- Menjadi muslimah tidak perlu merasa rendah diri. Penampilan terbaik kita tidaklah ditentukan oleh tebalnya bedak yg dipakai buat mengindahkan kulit wajah. Tidak pula ditentukan oleh gemerlap eyeshadow, rambut palsu dan bahkan suntikan pipi. Tetapi penampilan terbaik adalah yg didasari oleh ketakwaan
e) Jagalah akhlak

BAB 3: Engkau Memang Cantik!
Cantik Salah, Tidak Cantik Juga Salah. Susah lah cam ni. Adeh! Hidung mancung, kulit putih, gigi rapi, mata bulat, dan senyuman yg "wow"! Mungkin ini definisi seseorg ttg bukti kecantikan. Maka, mereka ini sering mendapat godaan, sama ada berupa ucapan bernada perhatian, ungkapan luahan cinta berupa SMS dan miss call. Tapi apakah benar itu salah mereka(Lelaki)? Apakah benar juga semua itu berlaku lantaran kesilapan mereka yg memilik raut wajah yg memikat? Sedangkan semua kecantikan itu adalah anugerah daripada Allah SWT, dan mereka sekadar memelihara amanah kecantikan itu dengan sebaik mungkin.

Mungkin mereka lahir dgn fizikal yg lebih baik. Itu adalah nikmat. Tetapi mungkin juge utk menguji kemimanan dan ketaqwaannya.

Tips Sihat dan cantik:

a) Amalkan gaya hidup sihat
b) Amalkan pengambilan mnakanan yg berkhasiat
c) Minum air putih 2 hingga 4 liter sehari
d) Hindari stress

BAB 4: Negative Thinkin, NO Way!
-Jgn merasa tidak puas hati dgn tubuh kita

As for conclusion: Kecantikan yg paling sy inginkan adalah kecantikan dr dalam yg tidak mudah didapati iaitu ketabahan, keberanian dan kehormatan.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...