Sejak dari kecil sampai dah besar, saya memang suka sangat dengan kucing. Nak bukti???
1) Kalau nampak kucing kat tepi jalan jer mesti nak panggil dier dan nak usap dia.
2) Kalau dekat kedai makan selalu kasi kucing share rezeki kite sikit. Bukan nyer ape, setakat kasi sikit makanan kite jer. Kite tak kebulur pun. Lagi pun kesian kat dier. Dah lah comel.
3) Family saya dan saya memang dah lama bela kucing. Dulu-dulu, pernah bela sampai 20 ekor kucing dalam satu masa. Tapi kalo nak dikira kan bilangan kucing yang dibela sejak saya kenal binatang kucing sampai dah besar ni memang tak leh nak kira lah. Life wihout cats is so empty. Kadang-kadang sampai kucing jiran pun salu lepak kat rumah saya. :D
4) Sebut jer jenis brand makanan kucing, confirm saya tahu. Science Diet, Eams (btol ker eja??), Wiskers, dll. Tu baru makanan kering, belum lagi jenis-jenis makanan basah. Lagi satu tu baru secara general. Makanan kucing ni ikut category dier juga, untuk kitten lain, adult lain, yang dah geriatric pun lain.
5) Jenis-jenis vaccine, vitamin, susu, ubat cacing..
6) Cara yang betul nak potong kuku kucing, nak grooming
So, pendek kata saya ni memang patut ambil kursus penjagaan kucing jer. Hehe. Okay okay, so apa motif post kali ni?? Actually hari ni saya memang dah tak ada kerja lain, dok melepak kat rumah jer. Pas tu tetibe terdengar suara kucing mentel (miang). So bukak lah pintu rumah. Sat gi, mak ai.
Memang merosakkan pemandangan depan rumah saya betul lah. So pas tu, saya ni bukan nyer nak buat apa sangat, cuma curious nak tahu jer. Sat gi tangkap ah gambar. Say Cheese..
Rupa-rupa nya, tak tahu lah pulak (or terlupa) yang kita ni tak boleh tengok mende-mende ni. Berdosa rupa nya. Alamak!!! Tersilap lah..
XOXO
P.S: Mulai dari sekarang, saya akan menggunakan bahasa melayu yang betul, sebab kalau saya boleh berusaha nak tulis dalam English dengan grammar yang betul, kenapa pula bila time bahasa melayu, saya guna ayat ringkas dan tidak wujud dalam kamus dewan dan pustaka.
No comments:
Post a Comment