Thursday, February 14, 2013

Minum Anmum Dan Baca Pa & Ma

Anmum Materna, 2 gelas sehari sekali

Kalau dulu lah, minum susu Anlene jer. Tak pun minum dutch lady low fat. Sekarang kene ubah diet setiap hari minum Anmum 2 gelas sehari. Pas tu malam lak telan pill folic acid. Dah masuk 4 bulan pregnant nanti baru start amik obimin lak.

Pa & MA keluaran february

Sambil-sambil bosan nak isi masa lapang tu baca lah buku Pa & Ma. Kalau dulu baca majalah pengantin sekarang majalah Pa & Ma lak... Hmm, lepas ni tah2 Midi lak...

XOXO

Wednesday, February 13, 2013

Cuti CNY pergi Kota Bharu

Makan kat Nasi Ulam Cikgu, Kota Bharu
Murah gak makan kat sini, satu family mkn 6 dewasa, 2 kanak-kanak. Campur nasi lauk, air semua nya 
RM 46. Terbaek wok

Pasar Siti Khatijah
Kat sini nak cari serunding daging tempatan dan ayam. Daging RM 29 utk 500 g ayam RM 28 utk 500g. Payah nak tawar lah, sebab x reti kecek kelantan. Apa kan daya pelancong dari KL. Beli jer lah. Pas tu beli rempah gulai kawah utk daging. 1 kilo RM 12, dulu beli RM 10. Sekarang naik harga lak.

Batik Crepe ader batu RM 200
Malas dah lah nak tawar. RM 200 pun layan jer lah.. nak beli utk mak dan kakak.


Bazar Tengku Anis
Antara tempat2 menarik yg wajib dikunjungi:
1) Pantai Cahaya Bulan; dpt mkn seafood celop tepung
2) Restoran Sate Malaysia, Pengkalan Chepa
3) Menara Tinjau, bayar RM 5 
4) Istana Jahar
5) Kompleks Kraf Tangan
6) Pasar Siti Khatijah
7) Wakaf Che Yeh
8) River Cruise, kat Tesco

Hmm, kalo nak gi rumah Nik Aziz cari kat Panji.

XOXO

Tuesday, February 12, 2013

Jalan2 kat Terengganu

Pantai Penarik, Terengganu

Belah ruangan solat muslimah

Masjid Kristal, cantik nyer

OTW balik dari Kota Bharu; Kelantan. Lalu ikut Jalan Pantai Terengganu., sambil2 tu singgah kat Pantai Penarik dan makan keropok Lekor kat sempadan Terengganu dan Pahang. Tapi sebelum tu singgah solat kat masjid Kristal. Dapat pekena Ais krim Kambing sekali. Memang Sedap.

Tapi kan masjid ni macam kecik jer kat dalam... Hmmm...Toilet pun limited. Mungkin sbb time tu ramai org kot. Layan.

XOXO

Monday, February 11, 2013

Khalifah Suite, Kota Bharu; Kelantan

Dari depan, hotel ni berhadapan Masjid Muhammadi

Receptionist kat dalam

Dapur dia

Ruang Tamu ade TV LCD dpt tgok boboboi

Toilet

Mini Fridge

Katil, ader model lak. Hehe

XOXO



Sunday, February 10, 2013

Selamat Pengantin Baru Aini dan pasangan

Pelamin Pengantin

Aini dan Zul

Hantaran Aini

Wah dari jauh saya datang untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja. Dari KL ke Kota Bharu, Kelantan, No hal. Aini punya pasal. Lagi pun sambil2 tu boleh jalan2 kat Kelantan dan Terengganu.  Kalau tak, bila nyer nak gi pantai timur.

Sambil jalan2 kat Kelantan dengar lak radio THR gegar, permata pantai timur. Syok gak. Pape hal pun , ni memang pengalaman yg lain dari lain pergi wedding kat sini. Tempat makan lelaki dan perempuan di asingkan. Terpaksa berpisah dgn En Abg sebentar.

XOXO

Saturday, February 9, 2013

Keropok Segera; Cap 3 Ikan


Pergi Pasar Siti Khatijah nak cari keropok 3 ikan, sedap wo. 7 paket RM 10. Layan. Brand ni, mmg sedap sebab keropok dia nipis sedikit dan lebih rangup...aummm

XOXO

Friday, February 8, 2013

Pergi Clinic Private - Antenatal Check up


Selepas 2 bulan berturut-turut pergi klinik kerajaan. Akhirnya saya akui, memang sangat ramai orang. Memang x boleh blah dah. Datang pukul 7.45 am pukul 12.00 pm baru dapat jumpa doktor. Alamak itu pun cakap-cakap 2 minit. Pas tu dah. Adoi, hati ini mmg membara rasa panas jer. Tapi apa kan daya, x nak wut kecoh, nampak macam mengada-gada.

So macam biasa next month, diorang wut appointment, tapi dah tak nak gi dah. Sebab saya ni bekerja mana boleh meluangkan masa yang lama utk menunggu jer.

So hari ni, dah pergi klinik swasta. Consultation plus supplement: RM 20, Scan: RM 40. Total RM60.

Layan kan ajer lah. Masa yang diperlukan utk jumpa doktor 30 saat. Jumpa doktor 10 minit.

XOXO

Sunday, February 3, 2013

Hansel & Gretel 3D


Time cuti2 wilayah hari tu gi lah jalan2 gan my hubby and sisters kat Genting Highland. We all semua duduk kat First World Hotel. Petang2 tu boring tak tahu nak wut ape. So pergi lah karaoke . Nyanyi sampai tak de suara. Memang terbaek. So lepas karoke pergi balik bilik makan nasi lemak. Nasib baik bawak bekal, masak dari rumah, jimat sikit.

Malam lak tertengok cerite movie Hansel & Gretel. Mula2 nak tengok cerita Parker. Tapi rasa macam ganas sangat. So tengok cerita lain. Sat gi. Adoi, menyesal. Hansel & Gretel 100 kali lebih ganas. Dah ah tengok 3D lagi Adeh.

Mana tak ganas:
1) Bakar2 mayat ahli sihir
2) Potong2 kepala ahli sihir.
3) Ahli sihir bunuh manusia dengan letup kan diorang.
4) Ahli sihir trick manusia untuk tembak kepala dengan senapang gajah, sampai kepala pecah
5) Aksi membelasah dan berdarah yang melampau

Spoil the night betul.
XOXO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...