Kadang-kadang memang tak dapat di nafikan, aku selalu terlupa bersyukur pada Allah s.w.t di atas kurniaan dan rezeki yang telah di beri pada ku. Kalau nak di ikut kan; aku ni bukan lah dari golongan orang yang kaya raya pun. Tetapi cukuplah makan, minum, pakai, tempat tinggal dan sedikit cebisan hiburan.
Aku bersyukur, sebab mempunyai keluarga, ibu bapa yang sangat menyayangi aku. Mereka menyayangi aku bagaikan menatang minyak yang penuh. Demiku, mereka sanggup lakukan apa sahaja. Tapi apakah balasan ku pada mereka? Rasa nya cukuplah sekadar mendoakan kesejahteraan mereka. Tetapi itu pun jarang sangat dilakukan. Kalau nak berikan wang pada mereka pun, masih tak mampu lagi.
Di sebabkan aku ni anak bongsu, memang kemewahan itu ada sedikit berbeza dengan adik beradik ku yang lain. Pendek cerita kalau minta apa sahaja, Insya Allah boleh dapat. Makan yang sedap-sedap, pakaian berjenama, melancong dan lain-lain. Kadang-kadang aku melihat orang lain yang kurang kemewahan seperti ku, aku rasa kasihan dan tidak dapat membayangkan sekiranya perkara seperti itu berlaku pada ku.
Pernah sekali, di hari pertama mendaftar di University; terdapat seorang rakan ku yang datang mendaftar bersendiriaan tanpa iringan keluarga. Tambahan lagi dia terpaksa bergantung pada duit pinjaman pendidikan semata-mata, tanpa menerima duit poket dari ibu bapa nya. Malahan, ingin melihat ibu bapa datang melawat nya pun tiada.
Itulah dia realiti kehidupan, tidak semua nya senang. Selepas habis belajar pula, terdapat beberapa rakan sekelas ku yang tidak dapat mendapat pekerjaan. Tetapi, berbeza pula dengan aku. Sangat mudah untuk aku mendapat kan pekerjaan. Walaupun gajinya tidak seberapa, tetapi, cukuplah sekadar untuk simpanan dan perbelajaan harianku. Kalau ada rezeki lebih, boleh lah belanja ibu bapaku makan.
Sekarang, masuklah soal jodoh pula. Aku akui jodoh pertemuan memang di tangan Allah s.w.t. Terdapat ramai wanita di luar sana yang menjadi Andartu. Walaupun berkerjaya tetapi, tidak berkahwin. Mungkin mereka seorang yang berdikari dan mampu menanggung hidupnya sendiri. Tapi aku hairan, kenapa jodohku sangat mudah untuk ku miliki. Pelik, tetapi benar. Walaupun dia bukanlah seorang yang "perfect" tetapi asalkan hati nya baik dan tidak panas baran sudah cukup bagi ku.
Namun, kini, aku takut, kenapa semua yang berlaku terlalu mudah bagiku. Rezeki ku sangat mudah dan luas. Aku takut sekiranya sebarang musibah yang jatuh padaku membuatkan aku jatuh terduduk dan tidak boleh bangun lagi. Oleh itu, aku harap aku akan kekal tabah melalui liku kehidupan. Tetapi buat sementara waktu ini, aku bersyukur dengan apa yang aku telah miliki.
XOXO
p.s: mood jiwang :D