Wednesday, August 31, 2011

Makanan Di Hari Raya


Sambal Goreng Jawa, nak menyediakan bahan dier penat. Nak dihiris2 lah, nak di goreng2 lah. Tapi nak masak senang.

Kari Itik, memang susah nak buat. Nenek jer yg hebat. Saye masih apprentice lagi. Kene belaja lagi.


Sambal sotong, boleh tahan agak tidak complicated.
Kuah lontong, Sedap nyer...

 Nasi Impit, masak sekali gus dalam kain putih. Senang dan menjimat kan masa dan tenaga. Hebat kan?

Kuih2 salingan..

XOXO

Tuesday, August 30, 2011

Hari Bantai


Masjid Alor Gajah, Lawa kan design dier. Ader ciri2 from China.

Ok, so pernah x dengar ayat "Hari Bantai". Agak nyer pernah lah kot. Tapi ni first time tanya nenek. "Nenek, hari bantai tu apa?" Hari Bantai tu, hari sebelum raya. Owh, ala2 mcm the night before christmast eve lah kot ni. Macam2 perkataan.. Huhu

XOXO

Sunday, August 28, 2011

Pemarut Kelapa Tradisi


Pemarut kelapa zaman tradisi.

Boleh tahan susah jugak nak navigate pemarut kelapa ala2 koboi ni. Sakit giler tangan nak parut kelapa.

Kelapa pun dah ready

Yup setelah hampir 45 minit, baru lah berjaya memarut semua kelapa2. Sat gi nenek I tegur, cara I parut kelapa macam kena gigit tikus. Sebab kat center kelapa jer yang di parut, kat tepi2, ader lagi isi kelapa. Hehe, saya budak baru belaja, kalo salah tolong tunjukkan. Rupanya, start dari tepi dulu. Pas tu bawak ke tengah. XOXO

Saturday, August 27, 2011

Pasar Borong Melaka

Pasar Borong Hang Tuah
Keadaan sekeliling
Hasil tangkapan
Ayam Daging RM 7.20, Itik RM 20 seekor. XOXO

Friday, August 26, 2011

Cheng Ho (Masakan Cina Muslim)

Makan kat Cheng Ho, pas tu dapat jumpe Amy Search. Best nyer. Tapi x tangkap pic pun dengan dier. Segan.. U_U XOXO

Thursday, August 25, 2011

Kuih Raya

Raya dah dekat, kuih raya dah cukup ker?? Rasa2 mcm x payah beli byk pun..Sebab tetamu x minat sgt mkn kuih raya ni, diorgn lebih interested dgn Lontong, kuah lodeh, kuah kacang, redang kari itik, ayam, daging, ketupat, lemang dan duit raya. Kuih raye belakang cerite. So x payah beli byk2, just ala kadar jer.

Popia Kecik
Coklat dlm dier ader almond
Kacang goreng letak bawang putih (buat sendiri)
Kuih Tart pandan
Kuih x tahu?
Kuih tart nanas

Kuih xtahu name gak???

By the way ari ni dah ari jumaat, ramai dah yg nk balik kampung. Kalo Kelantan gan Terengganu mmg dah cuti dah pun. Wow, best nyer.

XOXO

Wednesday, August 24, 2011

Kad Raya


Kalau keje Vendor ni mestilah kene kasi something kat customer kan. Especially time raya. Kalau company yang kaya tu boleh lah kasi hamper raya yang mahal-mahal. Kalau small company tu kasi kad raya pun kira oklah. Janji ikhlas.






Tapi kalau, untuk kegunaan personal tu, card raya pun xde. Pakai FB gan SMS jer. Tak payah nak pening2 cari alamat rumah.

XOXO

Tuesday, August 23, 2011

Meludah

Semalam lepas je habis kerja bergegas lah nak balik umah. Macam biasa PJ ni jam nye ya amat, biasalah bulan puasa semue orang nak balik cepat. So dah sampai area Shah Alam, kene lah lalu banyak traffic light. So ok lah kan, tunggu jer lah lampu hijau. In the meantime tengok2 lah permandangan kat luar. Sat gi dok tengok2 mat2 motor kat tepi2 traffic light, ader lak yang slumberland jer meludah. Eiuww.. Pas tu ader kesan extra ludah terkena baju dier lak.. Yang geli nyer macam berlendir jer. Urghh...



So, tu ok lah atleast dier meludah kat tepi jalan, xde orang lain tepijak kan? But then, lampu traffic light pun dah hijau, so I pun bawak lah kereta. Tetiba jer, ader lagi satu mamat motor ni bawak laju and meludah kat tepi but betul2 infront of my car. And..tempias lah ludah tu kat my car... O.M.G.. Malang sungguh hari ini. Kereta ku dihidang dengan air liur mamat motor.


Kenapa lah Kancil ku salu di buli. Sampai kene ludah agi...Isyh!

Saturday, August 20, 2011

Dilema Pemandu Kereta Kancil


Saya hanyalah pemandu kereta kancil. Walaupun kereta kancil ku dah banyak kesan calar dan lekuk-lekuk, colour emas nya pun dah luntur. But I still love my kancil. Kancil ku telah banyak berjasa pada diriku ini. Sejak dari belajar kat UiTM dulu, practical di Hospital Klang & Hospital Sungai Buloh, sampailah sekarang ni; untuk pergi kerja.


Dulu masa baru dapat lesen kereta, aku tampal pelekat P di cermin depan dan belakang kereta kancil ku. Ketika itu, aku tak berapa cekap bawak kereta. Setiap kali lambat bergerak di lampu traffic light (lampu hijau), kereta belakang akan sentiasa hon kancil ku. Tak kurang juga, jika aku lambat membelok untuk berhati-hati, kereta belakang kancil ku akan hon bertalu-talu.

Namun kini, kancil ku telah berusia dan agak sedikit buruk. Tapi, aku bukan mahu merungut, hanya sekadar ingin berkongsi di sini.

Jalan harian ku, untuk ke tempat kerja adalah Federal Highway. Jalan ke situ memang sentiasa sesak dan padat dengan kereta-kereta mewah. Persoalan nya??

1) Kenapa bila aku signal untuk ke kanan atau ke kiri, kereta di belakang akan lebih laju, untuk tidak membenarkan aku belok.

2) Kenapa bila aku sedang molek bawak kereta di lorong ku, tetibe kereta besar yang lain menghimpit ku, dan memasuki laluan jalan kancil ku.

3) Kenapa ketika aku sedang memasuki lorong sempit, van-van besar, dengan slumber mengesel kancil ku.

4) Kenapa kancil ku selalu di hon???

Adakah aku harus membeli kereta baru dan mengabaikan kancil ku???

XOXO


Thursday, August 18, 2011

Jururawat Berdaftar

Baru dapat badge ni semalam. Siap dengan panduan lagi.


Lambang pelita ek? Kenapa? Maybe sebab kisah Florence Nightingale kot. Sebab dulu2 time dier jage patient, dier salu bawak pelita (lampu) dgn dier. So pelita ni dah jadi synonym gn dier. Main bantai jer ni, btol lah kot


Code of Conduct. Kalau rajin kena lah hafal mende alah ni. Tu pun kalau keje jadi nurse lah.


XOXO


Tuesday, August 16, 2011

Distal Radius Plate










This is OP-Set variable angle-stable


Radius Plate 7 holes in heat

Pening gak nak belajar plate-plate ni. Harap2 dpt cepat catch up. :)

Operation Day



XOXO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...