Wednesday, March 30, 2011

Local Fruits

Seharian dok rumah, asyik dok membelasah buah-buahan jer. Mane tak nyer, supply lgi byk dri demand. Yang dok umah ni 4 org jer. Tapi mama macam x makan buah sangat, dier just rajin membeli. Ayah pulak makan buah ikut portion yang telah ditetapkan oleh doctor. My Sis lak, pegi keje pagi2, balik umah tengah malam. Memang tak makan kat umah. So yang ade kat umah 24/7 aku jer lah..


Kat atas meje ader 1 sikat pisang


Kat dapur ader lagi 2 sikat pisang.. Sikat ker tangkai ek? Alamk penjodoh bilangan aku fail tol la..



Kalo makan pisang ni, dah ader kelayakan jadi bapak gorilla..hoho...kenyang..


Buah lai pulak byk kat atas meja dapur..Adoi ai, kat dlm peti sejuk ader lagi buah...



So hari ni ader pasar malam kat SBCR..sebab setiap ari rabu mmg ader pasar malam. Kebetulan dah lame giler terase nak makan durian. So cakap ah gan mama nak makan durian.. Sat gi amik ko..hadap ah durian tu puas2..





Hasil durian, simpan dalam fridge. Best.


Ikan Masak kuah lada.


Cadangan nak habis kan durian, makan dengan nasi.


Hehe, pasar malam pun dah ader Pizza, murah lak tu RM 15. Kalo tambah mushroom and Olive jadi RM17.. Sedap pun sedap


Giler ah, byk2 ni aku makan sorang jer..tinggal 2 slice jer..tu pun terus simpan kat fridge..kalo x, alamat nyer masuk tong sampah lah makanan ni.. Membazir jer..

XOXO

Sunday, March 27, 2011

10 ‘S’

What is 10 S???


1)SENYUM
-SENYUM SEINDAH SURIA,YANG
MEMBAWA CAHAYA,SENYUMLAH
DARI HATI DUNIA PUN BERSERI.

2)SALAM
-SALAM MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN DAN KERJASAMA TANPA MENGIRA PANGKAT DAN KETURUNAN.


3)SEGERA
-SEGERA MEMBERI BANTUAN SEKIRANYA DIPERLUKAN.


4)SENSITIF
-PERASAAN ‘SYMPATHY’ DAN ‘EMPATHY’ TERUTAMA PADA PESAKIT DENGAN MENDENGAR ADUAN DAN MERASAI APA YANG PESAKIT LALUI.


5)SOPAN
-BERBUDI BAHASA APABILA BERINTERAKSI AMAT PENTING DALAM MENJALINKAN HUBUNGAN YANG BAIK SESAMA INSAN.


6)SENTUH
SENTUH-SENTUHAN MELAMBANGKAN KEPEKAAN KITA TERHADAP PESAKIT.


7)SEGAK
-SENTIASA BERPAKAIAN KEMAS,BERSIH DAN MENGIKUT ARAHAN YANG TELAH DITETAPKAN KKM MENCERMINKAN KEPERIBADIAN KITA.


8)SELIA
- MENYELIA KERJA-KERJA YANG DILAKUKAN OLEH PELATIH/STAF BAWAHAN UNTUK MENGELAKKAN KESILAPAN.


9)SELIDIK


10)SEMANGAT
-SEMANGAT KERJA YANG TINGGI DAN KERJASAMA ANTARA SATU SAMA LAIN AKAN MENGHASILKAN KERJA YANG BERKUALITI.



XOXO

Saturday, March 26, 2011

Tugas Jururawat


SKOP, FUNGSI DAN BIDANG TUGAS
Menjalankan tugas-tugas perawatan dan rawatan ke atas pesakit yang bermutu tinggi , cekap dan berkesan berpandukan Standard of care , akta dan peraturan serta mematuhi Code of Professional Conduct for Nurses First Edition April 1998.

1. AMALAN KLINIKAL

1.1 Penjagaan Pesakit

1.1.1 Menilai keadaan am secara holistik dan merancang pelan tindakan perawatan.
1.1.2 Melaksanakan pelan perawatan mengikut perancangan dan tindakan perawatan segera jika memerlukan.
1.1.3 Menilai tindak balas pesakit terhadap rawatan.
1.1.4 Mendokumentasikan semua perawatan/ rawatan yang telah dilakukan.
1.1.5 Memberi orentasi kepada pesakit (lengkapkan borang orientasi) yang baru masuk dan memberi penerangan penyimpanan barang barang berharga. Bagi pesakit yang tidak sedar, menguruskan penyimpanan harta benda pesakit mengikut arahan kerja.
1.1.6 Melakukan pemerhatian tanda tanda vital ke atas pesakit secara berterusan dan berkala dan melapurkan kepada doktor jika keadaan luar biasa dan menjalankan tindakan perawatan segera jika keadaan memerlukan.
1.1.7 Laksanakan semua arahan mengenai rawatan pesakit mengikut prosedur (SOP). Contoh: - Memberi ubatan/ suntikan. Melakukan dressing secara aseptik teknik.
1.1.8 Menyediakan pesakit untuk prosedur tertentu dan menghantar pesakit mengikut masa yang telah ditetapkan. Contoh Untuk pembedahan , Endoskopi, X-ray dan lain-lain.
1.1.9 Mengurus dan mengiringi pesakit yang memerlukan rawatan diluar hospital.
1.1.10 Mengambil spesimen dengan mematuhi peraturan pengambilan spesimen seperti pengambilan kahak dan lain-lain.
1.1.11 Menulis lapuran kemajuan pesakit dengan tepat .
1.1.12 Melakukan rondaan kejururawatan dengan kerap untuk menilai keadaan pesakit.
1.1.13 Memeriksa dan memantau semasa penyajian makanan kepada pesakit unutk memastikan keperluan makanan pesakit ditepati mengikut pesanan.
1.1.14 Membantu pesakit dalam melaksanakan aktiviti harian bagi yang tidak berdaya.
1.1.15 Melibatkan diri secara aktif semasa rondaan bersama doktor dengan memberi maklumat yang tepat mengenai pemerhatian, kemajuan pesakit , keberkesanan ubat dan lain-lain.
1.1.16 Melakukan perancangan discaj dan melaksanakan perancangan discaj dengan memastikan pesakit mendapat temujanji yang betul, penjelasan mengenai pengambilan ubatan, serta penerangan mengenai prosedur yang bakal dijalani (contohnya outpatient ultrasound) dan penjagaan di rumah.
1.1.17 Memberi pendidikan kesihatan mengikut keperluan kepada pesakit dan keluarga.
1.1.18 Memaklumkan keadaan pesakit kepada waris terdekat dari masa ke semasa.
1.1.19 Melibatkan ahli keluarga dalam penjagaan pesakit.

1.2 Menguruskan kematian pesakit

1.2.1 Memaklumkan kematian kepada waris.
1.2.2 Mengenalpasti jenis kematian ( kes biasa/ kes polis / kes penyakit berjangkit)
1.2.2.1 Kes polis perlu dilapurkan kepada pondok polis – dapatkan nombor polis bertugas dan nombor laporan.
1.2.2.2 Jika kes penyakit berjangkit lapurkan kepada pegawai kesihatan persekitaran Yang Menjaga. Uruskan jenazah mengikut standard procedure yang sedia ada.
- Bersihkan dan melabelkan mayat.
- Lengkapkan burial permits yang telah ditandatangani oleh doktor.
- Sediakan borang jabatan pendaftaran (JPN LM 01) kematian untuk ditandatangani oleh doktor.
- Kaunseling kepada waris jika perlu.
- Maklumkan kepada Unit Forensik untuk urusan seterusnya


1.3 Membantu dalam Prosedur.

1.3.1 Menyediakan peralatan rawatan.
1.3.2 Maklumkan kepada pesakit tentang rawatan yang akan dijalankan.
1.3.3 Menyediakan pesakit untuk rawatan.
1.3.4 Membantu doktor dalam prosedur yang akan dijalankan.


2. KOORDINASI RAWATAN

2.1 Mendapatkan temujanji untuk pemeriksaan / rawatan susulan/ prosedur.
2.2 Memberi penerangan kepada pesakit berkaian pemeriksaan / rawatan susulan/ prosedur yang bakal dijalankan.
2.3 Sediakan pesakit dan keperluan keperluan lain (seperti memastikan keputusan makmal, bekalan darah telah tersedia) sebelum pesakit dihantar untuk menjalani prosedur tertentu, cth pembedahan lain untuk pemeriksaan / rawatan susulan/ prosedur yang bakal dijalankan (kemaskini senarai semak).
2.4 Hantar dan serahkan pesakit kepada unit yang berkaitan.
2.5 Mengurus rujukan ( surat , email , fax, phone, dll) dan memaklumkan kepada pegawai berkenaan seperti Pegawai Farmasi, Physioterapist, kebajikan sosial , Jurupulih Carakerja/ Pegawai Pemakanan dan lain lain . ( internal dan external)
2.6 Despatch nota nota pesakit yang telah discharge ke Pejabat Rekod Perubatan.

3 PENDIDIKAN KESIHATAN

3.1 Menilai tahap pengetahuan pesakit/ waris berkaitan;

3.1.1 Penyakit
3.1.2 Rawatan
3.1.3 Penyiasatan penyakit

3.2 Merancang dan melaksanakan pelan pendidikan yang diperlukan pesakit.
3.3 Mendapatkan maklumbalas bagi menilai tahap kefahaman pesakit dan waris.
3.4 Rekod pendidikan kesihatan yang telah diberikan dalam nursing progress/ buku pendidikan.

4. PESANAN UBAT-UBATAN ( INDENT)

4.1 Periksa stok ubatan setiap hari untuk pastikan stok yang mencukupi tiada tarikh luput keadaan ubat tidak berubah warna dan semak / periksa dilabelkan dengan betul.
4.2 Membuat pesanan losyen, ubat-ubatan dan DDA mengikut jadual dan berdasarkan keperluan semasa.
4.3 Semak bekalan yang diterima mencukupi seperti pesanan.
4.4 Menyimpan ubat / losyen di tempat yang betul dan ditetapkan.

5. PENGENDALIAN PERALATAN

5.1 Penjagaan Peralatan Bukan Perubatan

5.1.1 Membuat dan merekod inventori peralatan perubatan dan bukan perubatan 3 bulan sekali.
5.1.2 Membuat aduan kerosakan peralatan kepada pihak radicare, dapatkan no. Aduan dan follow up sehingga baik pulih di lakukan bagi peralatan komputer aduan dibuat kepada Jabatan Teknologi Maklumat (ITD).
5.1.3 Memastikan penyelenggaraan (PPM) dilakukan oleh pihak Radicare mengikut jadual yang ditentukan.
5.1.4 Merekodkan pergerakan peralatan perubatan bagi tujuan pinjaman atau penempata sementara didalam buku harta modal – inventory KEW – PA6.
5.1.5 Melapurkan kerosakan kepada ketua jururawat yang menjaga.

5.2 Penjagaan Peralatan Perubatan

5.2.1 Melakukan pemeriksaan keatas troli kecemasan pada setiap shift dan memastikan peralatan mencukupi dan sedia digunakan.
5.2.2 Melakukan pemeriksaan keatas peralatan (cth mesin ECG/ CTG/ Ultrasound/ Defibrillator/ Configured/ ECHO/ Cardiac monitor dll) dan memastikan peralatan berfungsi dan sedia digunakan.
5.2.3 Membuat pemeriksaan peralatan steril dan membuat pesanan mengikut keperluan.
5.2.4 Memeriksa dan memastikan peti sejuk (ubat/) dalam keadaan bersih dan suhunya berada di paras kurang 2-8/C dan peti penyimpanan darah berada di paras 2-4/C

6 Menjaga Keselamatan Anggota dan Pesakit

6.1 Keselamatan Pesakit

6.1.1 Memastikan semua pesakit yang dimasukkan ke wad mempunyai Tag Nama (wrist band) yang dipasang kemas dan catatan nama, MRN & wad dengan betul.
6.1.2 Menilai tahap kesihatan dan keupayaan pesakit sebelum ditempatkan di katil, pesakit yang tenat diletakkan berhampiran kaunter jururawat / pesakit yang tua, kurang upaya, restless dan kanak-kanak diberi katil berpagar
6.1.3 Melakukan pemerhatian yang rapi ke atas kes tenat / suicidal dan orang kurang upaya
6.1.4 Melakukan orientasi kepada pesakit baru masuk / waris tentang persekitaran dan aktiviti wad/ waktu pemeriksaan doctor/ pengunaan nurse call bell jadual makan / waktu lawatan / tidak membawa barang-barang berharga / pesakit mesti berada di dalam wad sehingga discaj
6.1.5 Membuat passing over setiap pesakit dibawah jagaan kepada jururawat yang mengambilalih shif berikutnya.
6.1.6 Melapurkan kepada pengawal keselamatan jika didapati pelawat yang mencurigakan di persekitaran wad.
6.1.7 Tutup pintu selepas pukul 10 malam.
6.1.8 Melakukan rondaan terhadap pesakit dan mengambil tindakan proaktif bagi mengelakkan kecederaan.
6.1.9 Beri bantuan kepada pesakit yang memerlukan.

6.2 Pengawalan Jangkitan

6.2.1 Memantau kerja kerja pembersihan fasiliti dilakukan oleh cleaner Radicare, mengikut polisi yang ditetapkan.
6.2.2 Mengumpul kainan kotor yang telah digunakan ke dalam bilik utiliti kotor/ tercemar dangan cecair badan pesakit dan pengasingan kes-kes penyakit berjangkit mengikut polisi kawalan jangkitan.
6.2.3 Memastikan pintu bilik utiliti kotor sentiasa ditutup .
6.2.4 Memberi pendedahan kepada pelawat / pesakit berkenaan kepentingan mencuci tangan yang betul.
6.2.5 Memastikan kes penyakit berjangkit diletakkan di Bilik Isolasi dan mengamalkan prosedur kawalan infeksi semasa merawat.
6.2.6 Memastikan kes penyakit berjangkit di maklumkan kepada pihak berkenaan.
6.2.7 Menjalankan dan melaksanakan tugas harian dengan mematuhi pengamalan kawalan infeksi yang ditetapkan.
6.2.8 Mengenalpasti kes-kes berjangkit (ESBL, MRSA, HEP C, HEP B) dan melakukan rawatan pengasingan.
6.2.9 Mengurus notifikasi bagi kes kes penyakit berjangkit kepada pegawai persekitaran kesihatan.
6.2.10 LINK NURSE

6.2.10.1 Pemantauan berkala terhadap semua staf berkaitan dengan pematuhan standard precaution.
6.2.10.2 Berkerjasama dengan jururawat kawalan jangkitan dan memberi lapuran berkaitan pencapaian setiap 3 bulan.


7. PENGAMBILAN CONTOH (SAMPLE) SPESIMEN

7.1 Menyediakan peralatan yang sesuai mengikut jenis sample yang diarahkan.
7.2 Mengambil sample spesimen, dengan memastikan pesakit yang betul (Nama /MRN) dan sample yang mencukupi.
7.3 Melabel botol spesimen (Nama/ MRN/ Wad/ Jenis spesimen)


8 LATIHAN

8.1 Melibatkan serta menghadirikan diri dalam aktiviti kejururawatan (CNE, CME, kursus, seminar, bengkel, pembentangan kes) di wad / unit untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran klinikal.
8.2 Mengikuti user traning berkaitan peralatan baru.
8.3 Membantu dalam pemantauan jururawat pelatih di wad dan unit bagi memastikan tatacara kejururawatan dilakukan dengan betul.
8.4 Menghadiri latihan kesedaran dan melibatkan dalam aktiviti hospital dalam perlaksanaan kearah pencapaian ISO, MSQH, NIA, KPI, JCIA.
8.5 Sentiasa mengikuti perkembangan terkini berkaitan dengan pengetahuan, dan plan-plan bencana yang dianjurkan oleh hospital bagi membimbing anggota baru.


9 KAJIAN KEJURURAWATAN

9.1 Melibatkan diri dalam kajian kejururawatan / kepuasan pelanggan dan klinikal dalam jabatan dan hospital.


10 MEMBANTU DALAM PENGURUSAN WAD

10.1 Bertanggungjawab dalam pengurusan wad semasa ketiadaan Ketua Jururawat.
10.2 Menyelia dan mengawasi secara berterusan anggota bawahan dalam melaksanakan tugasan harian.
10.3 Lain-lain tugas seperti yang diarahkan.

11 MELIBATKAN DIRI AKTIVITI SOSIAL

11.1 Membantu dalam aktiviti sosial/ amal yang dianjurkan oleh pihak kejururawatan dan hospital.
11.2 Menghadiri mesyuarat atau perbincangan antara anggota / Ketua Jabatan dan hospital dan menjalinkan hubungan baik antara jabatan untuk memudahkan semua urusan kerja.

XOXO

Thursday, March 24, 2011

Please answer my Questionnaire



It's really hard to ask people to help me to answer my questionnaire. Eventhough i did gave them souvenir. Sometimes i almost beg to them to the state that i almost felt like crying. I really don't want to bother them, because i know they are super-duper busy. But, i did gave them freedom, to return the questionnaire whenever they are free.

If it's not for my final year research project, i would not disturbed them. But i am really desperate rite now. So please, support me. For the sake of our profession.

I am really disappointed to some of them. But fortunately some of them are really nice and did cooperated with me.

But i still don't understand why to some; questionnaire is such a burden. The reason of why they don't want to answer the questionnaire are:

1) I am so busy, please don't disturb me.
2) I don't want to answer this questionnaire, because it is in English.
3) I had answer so many questionnaire before this. (actually there are 8 of students doing research exactly like me)
4) I don't want to answer ( Yup, what to do, but it is their freedom of choice. So i shall not force them, and i just simply said "it's okay and thank you")

So this is really a bad experience for me. But my research must go on. Eventhough i distributed almost 45 questionnaire, but i managed to get only 37 sample back. This is so unfair, because i already gave the pen to them.

Hmm, what to do.. Just accepted what ever happened to me.

XOXO

Wednesday, March 23, 2011

Kempen galakkan membaca

Hospital Sungai Buloh. Nice view.


Menghadiri forum kempen membaca di Hospital Sungai Buloh. Membaca menjana minda.




Tuesday, March 22, 2011

Tako Tao




U may find the stall at Jusco



Types of Tako Tao
Unagi is my favorite

Sunday, March 20, 2011

Saba Restaurant




The Menu
















Address


Air Peach







Kambing Dalam Nasi (Regular)




Payment Card


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...